Karya seni dan tajuk SimetriSiti

"Album ini juga mencerminkan saya, sebagai orang yang seimbang dan jenis muzik yang telah dikaitkan dengan saya dari hari saya memulakan kerjaya nyanyian saya. Dari menguasai dengan pembuatan kulit album, semuanya telah diberi kasih sayang dan layanan yang sama rata."

—Siti Nurhaliza mengenai konsep SimetriSiti[15]

Tidak seperti Fragmen, album terdahulunya yang disifatkan amat peribadi,[13] untuk SimetriSiti, tajuk album yang telah dipilih oleh Siti kerana ia mewakili rawatan yang sama setiap lagu dalam album menerima, daripada memilih komposer dan lagu-lagu, cara lirik dinyanyikan dan sehingga penerbitan rakaman muzik secara umum.[14]

Rekabentuk dan kulit album dikatakan telah diilhamkan oleh "deria fesyen 1950an Marilyn Monroe".[20] Kulit album piawai untuk album ini menampilkan beliau dan beberapa peminat yang berlakon sebagai paparazi.[18][20] Menurut Siti, kulit album retro Hollywood telah dipilih kerana ia mewakili perjalanan 21 tahun beliau sebagai seorang pemuzik dan penghibur.[14] Beliau mengulas bahawa kerjayanya disokong oleh peminat, jurugambar, jurusolek artis, pereka fesyen, dan wartawan,[14] dan, "...molek rasanya jika saya abadikan mereka secara visual menerusi rekaan kulit album SimetriSiti."[14] Untuk versi eksklusif album yang hanya boleh didapati untuk pra-tempahan di Lazada.com.my, ia menampilkan keseluruhan kulit album yang direka secara berbeza,,[26] lengkap dengan tandatangan bercetak beliau.[27] Berikutan keeksklusifannya,[28] pra-tempahan untuk versi eksklusif yang sepatutnya bermula dari 5 hingga 9 Mei, berakhir hanya dalam masa 20 minit pada hari pertama.[29]

Rujukan

WikiPedia: SimetriSiti http://www.allmusic.com/album/simetrisiti-mw000305... http://english.astroawani.com/entertainment-news/s... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/simetrisi... http://www.budiey.com/dato-siti-nurhaliza-pertaruh... http://www.cumicumi.com/news/cumi-music/111325/ber... http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/05/09/albu... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/20... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/23... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/25... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita...